Gejala COVID-19
Gejala COVID-19

Gejala COVID-19

Gejala COVID-19 berpelbagai, bermula dari gejala ringan hingga berat.[1] Gejala yang umum diketahui termasuk sakit kepala, kehilangan deria hidu dan rasa, hidung tersumbat yang disertai kesejukan, batuk, sakit otot, sakit kerongkong, demam, cirit-birit, dan sesak nafas.[2] Meskipun demikian, pesakit yang dijangkiti mungkin sahaja mendapati gejala yang berbeza.Terdapat tiga kumpulan gejala yang telah dikenal pasti. Kumpulan gejala pertama termasuk gejala-gejala pernafasan, seperti batuk, kahak, sesak nafas, dan demam. Kumpulan gejala kedua termasuk gejala-gejala muskuloskeletal, seperti sakit pada otot dan sendi, sakit kepala, dan kelelahan. Kumpulan gejala ketiga termasuk gejala-gejala pencernaan, seperti sakit pada bahagian perut, muntah, dan cirit-birit.[2] Pada orang-orang yang sebelumnya tidak mengalami gejala, kehilangan deria hidu dan rasa boleh menjadi gejala pertama penyakit COVID-19.[3]Kebanyakan pesakit (81%) mengalami gejala ringan hingga sedang (seperti pneumonia ringan), sementara 14% lain mendapati gejala berat (seperti dispnea dan hipoksia) dan 5% selebihnya mendapati gejala kritis (seperti kegagalan sistem pernafasan, kejutan, dan ketidakfungsian organ).[4] Sekurang-kurang sepertiga pesakit yang dijangkiti virus ini tidak menunjukkan gejala dalam selang waktu tertentu, atau disebut asimtomatik.[5] Pesakit asimtomatik seperti ini memiliki kemungkinan untuk tidak menjalani ujian COVID-19,[6] tetapi tetap dapat menyebarkan virus.[7] Beberapa pesakit COVID-19 juga baru menunjukkan gejala setelah selang waktu tertentu, atau disebut "presimtomatik".[8]Sama seperti jangkitan pada umumnya, terdapat tempoh inkubasi antara terpaparnya pesakit dengan virus hingga munculnya gejala. Median dari tempoh inkubasi ini antara empat hingga lima hari.[9] Sebahagian besar pesakit bergejala mulai mengalami gejala antara dua hingga tujuh hari setelah virus kelihatan[10] dan hampir semuanya pernah mengalami setidaknya satu gejala dalam selang waktu 11,5 hari.[9]Kebanyakan pesakit dapat sembuh dari fasa akut penyakit. Meskipun demikian, beberapa pesakit lain tetap mengalami yang berpelbagai hingga beberapa bulan setelah sembuh, atau disebut long COVID.[11] Penelitian lebih lanjut masih diperlukan untuk mengetahui efek jangka panjang dari penyakit ini.